Vin Diesel puji amalan berpuasa, mahu turut amalkannya

  • 7 years ago
Pelakon terkenal Vin Diesel memuji amalan berpuasa yang dilakukan umat Islam saban tahun setiap menjelma bulan Ramadan.

Beliau berkata begitu dalam video beliau bersama penyanyi hip hop Amerika Syarikat, French Montana.

"Saya bangga sahabat saya ini berpuasa dan mungkin saya juga akan terpengaruh untuk melakukannya"

"Konsep Ramadan itu baik dan kuat, mungkin juga sesuai untuksemua orang di mana bukan mudah untuk tetap berdisiplin dalam jangka masa yang panjang" kata Vin dalam video berkenaan.