Video: Usikan 'shopping' TMJ terima reaksi berbeza penyokong

  • 7 years ago
Video yang di muat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers (JST) memaparkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang bercakap di dalam kereta mengenai perkembangan pasukan kebangsaan menerima pelbagai reaksi penyokong bola sepak negara.

Mana tidaknya, TMJ berkata Tunku mahu 'shopping' pada malam ini ketika melihat sesi latihan pasukan Harimau Malaya di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.

Namun jika dilihat dari keseluruhan video terbitan JDTtv itu TMJ dengan sengaja atau tidak ( tidak dapat dipastikan) bergurau tentang perkara tersebut.

"Alhamdulillah, semua benda berjalan dengan lancar dan malam ini saya akan pergi ke pusat latihan untuk 'shopping', eh bukan,bukan 'shopping' salah cakap" kata TMJ dalan rakaman tersebut.

Oleh kerana itu para peminat memberika komentar di laman facebook rasmi JST tentang perkara berkenaan.