Guerra ledak hatrik, JDT layak ke peringkat kalah mati

  • 7 years ago
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam wakil Myanmar, Magwe FC 3-1 malam semalam untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala AFC 2017 Zon Asia Tenggara.

JDT dikejutkan jaringan pendahuluan pasukan pelawat pada minit ke-7 perlawanan sebelum Guerra menyamakan kedudukan 7 minit selepas itu.

Jaringan kedua Guerra terhasil pada babak kedua selepas menerima bola lintang dari Safiq Rahim dan tindakan pertahanan Magwe FC menjatuhkan Safiq dalam kotak penalti mejadi pelengkap hatirk Guerra untuk penalti pada minit ke-78 perlawanan.