KBS pertimbang tukar nama Velodrom nama Azizulhasni Awang

  • 7 years ago
Kejayaan cemerlang pelumba basikal negara Azizulhasni Awang merangkul gelaran dunia acara keirin di Kejohanan Trek Dunia malam tadi membuatkan Kementerian Belia dan Sukan akan mempertimbang cadangan supaya Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan sempena jaguh berbasikal negara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata cadangan terbabit bakal diusulkan dan perbincangan dengan Azizulhasni akan diatur selepas kepulangannya nanti.

Khairy menyifatkannya sebagai pencapaian terhebat dalam sejarah sukan negara dan kemenangannya itu umpama satu kejayaan besar.

Azizulhasni menang bergaya mengatasi pelumba lain pada pusingan terakhir dengan kelebihan masa 0.382 saat, sekaligus menjadi pelumba pertama negara memperoleh gelaran raja keirin.