Video: JDT tewaskan Kelantan 3-2, dahului Liga Super

  • 7 years ago
Aksi tertunda Liga Super 2017 malam tadi menyaksikan The Red Warriors (TRW) tewas 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) .

Skuad Harimau Selatan berjaya merealisasikan misi mereka untuk kembali ke tangga teratas liga Super selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Pasukan TRW mendahului JDT 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan penyerang sensasi mereka Muhammad Ghaddar.

Namun Harimau Selatan bangkit menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma Safiq Rahim dan penalti daripada Gabriel Guerra.

Gerakan pantas JDT menyaksikan keghairahan JDT untuk meraih tiga mata kian sempurna selepas sentuhan Gonzalo Cabrera berjaya mencipta gol ketiga mereka mengatasi tuan rumah dengan kelebihan satu gol.