Mufti Perlis kesal umat Islam merokok dalam kawasan masjid

  • 7 years ago
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan
rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.


Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan
perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu
selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.


"Mereka bukan sahaja membuang puntung rokok merata-rata dan mengotorkan
kawasan masjid malah tidak sedar benda yang diputuskan haram tidak boleh dibawa
ke dalam masjid," katanya dalam ceramah maghrib mingguannya di Masjid Alwi malam tadi.


Beliau berkata kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan
melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh
penganutnya.

Mohd Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri
mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.

Pada 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal
Agama Islam mengeluarkan fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan.