Visual: Bangkai ular lapan meter tersangkut lubang paip ditemui

  • 7 years ago
Bangkai ular sawa sepanjang lapan meter dengan berat 60 kilogram ditemui tersangkut pada lubang paip di dalam longkang kawasan Taman Kulim Hi Tech Fasa 2, Kulim Kedah.

Sinar Harian Melaporkan ular sawa itu ditemui oleh pekerja pembersihan yang menghidu bau busuk ketika membersihkan longkang di situ sekitar jam 7.30 pagi tadi.

Ular sawa itu tersangkut pada salur paip bersaiz sekitar 12 sentimeter dengan separuh badannya di luar dan selebihnya di dalam paip.

Menurut pekerja berkenaan beliau terkejut kerana ini pertama kali melihat ular sebesar itu dan bangkai ular tersebut diangkat menggunakan jentolak dan di masukkan ke dalam lori sampah sebelum di bawa ke tapak pelupusan.