Video: Guna tangan kiri?, Datuk Aliff dikritik netizen

  • 7 years ago
Siapa tidak kenal dengan Datuk Aliff Syukri atau nama komersilnya abang terlajak laris.

Pengusaha produk D'Herbs itu sememangnya dikenali dengan telatahnya yang menghiburkan dan seorang yang cukup 'humble'

Terbaharu, Datuk Aliff menyiarkan secara langsung rakaman beliau memakan durian di laman Facebooknya.

Kedengaran memang seperti tiada isunya, namun tindakannya itu mendapat kritikan para pelayar internet kerana menggunakan tangan kiri untuk menjamu selera.

Norrisham Lee Aicha menegur, “Dato asal makan tangan kiri ni.. Tak comel.. Anak saya tegur.. Mama kenapa idola adik makan tangan kiri?”

Aida Rani turut meninggalkan komentarnya, “Salah tu.. Makan tangan kiri.. Kalau biasa dari kecil lagi macam tu.. Anak-anak makan tangan kiri juga Dato’.. Anak mesti ikut bapak.. Mesti anak tiru juga makan tangan kiri.”

“Pasai pa guna tangan kiri nie Dato’.. Tukaq tangan lekaih,” komen Shuhada Abdul Hamid.