'Peramal masa depan', Megawati dituduh hina agama

  • 7 years ago
Bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri diheret untuk siasatan polis kerana didakwa menghina agama.

Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa Megawati dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun parti Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menghina agama kerana mendakwa ada pemimpin agama menganut ideologi tertutup dan bersikap seperti 'peramal masa depan'.

Indonesia kini sedang hangat dengan isu kaum dan agama yang dikaitkan dengan demam Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) pada 15 Februari ini.

Sebelum ini penyandang jawatan Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama kini sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina agama.