Ronaldo bantu Aleppo, beri pesanan menerusi video, netizen beri pujian

  • 7 years ago
Pemain terbaik dunia 2016, Cristiano Ronaldo tampil memberi sumbangan kepada mangsa peperangan di Aleppo, Syria.

Pemain Portugal itu memberikan sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan dan ubat-ubatan pada Jumaat lalu.

Selain itu Ronaldo yang juga merupakan pemain kelab Real Madrid juga menyampaikan pesanan ringkas menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Video beliau mendapat reaksi positif para pelayar internet seluruh dunia yang memuji tindakannya memberi sumbangan berharga kepada yang memerlukan.