Clare ajak Zahid jumpa bila-bila masa di London

  • 7 years ago
Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung Umno 2016 pada Sabtu lalu bahawa kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa bertindak dianggotai PDRM, SPRM, Bank Negara Malaysia dan Pejabat Peguam Negara untuk mencari maklumat berhubung pertubuhan yang menerima pembiayaan daripada organisasi yang mempunyai kaitan dengan jutawan Amerika Syarikat George Soros.

Clare berkata Ahmad Zahid boleh datang berjumpanya pada bila-bila masa sungguhpun Naib Presiden Umno itu pernah berada London sebelum ini, bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai operasi portal Sarawak Report dalam mendedahkan skandal korupsi di Malaysia.

Clare berkata demikian mengenai reaksinya dalam video yang dimuat naik di Youtube hari ni.

Recommended