Video 'Ah long' simbah cat, ugut pengawal dengan parang

  • 8 years ago
Satu rakaman empat lelaki bersenjata parang dan tukul menyimbah cat pada sebuah rumah di Jalan Sepah Puteri 5/14, Seri Utama, Kota Damansara viral di laman sosial.

Dalam rakaman kejadian sekitar jam 2.30 petang itu memaparkan suspek turut mengugut pengawal keselamatan menggunakan parang bagi membuka palang ketika mahu keluar dari kawasan perumahan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan suspek yang dipercayai 'ah long' dan datang ke rumah berkenaan untuk menagih hutang.