Sembilan lelaki Australia 'seluar dalam' diberi amaran, bebas

  • 8 years ago
Sembilan lelaki warga Australia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang kerana berkelakuan tidak senonoh apabila memakai seluar dalam dengan corak Jalur Gemilang pada perlumbaan GP F1 Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

Semua tertuduh berumur antara 25 hingga 29 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kacau ganggu awam apabila menanggalkan pakaian ketika meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo dalam perlumbaan itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun keseksaan kerana menyebabkan kacau ganggu yang membawa hukuman denda tidak melebih RM400.

Mereka diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.