Satelit Milik Facebook Musnah Dalam Letupan
  • 8 years ago
Satelit milik Facebook musnah ketika menjalani ujian pemeriksaan di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Roket SpaceX Falcon 9 yang digunakan meletup secara tiba-tiba pada pukul 9 pagi waktu tempatan.(1/9/2016)

Tambah laman itu lagi, satelit milik rangkaian media sosial terkenal Facebook itu bernilai AS$200 juta (RM814 juta) dan di namakan sebagai Amos-6 dijadual dilancarkan pada Sabtu ini.(3/9/2016)

Rakaman video pendek kejadian itu menunjukkan letupan bermula pada bahagian kedua roket tersebut sebelum keseluruhan roket musnah sepenuhnya dalam letupan yang lebih besar.Asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul memenuhi ruang kawasan pelancaran roket tersebut.