Universiti Amerika di Kabul diserang militan, 13 terbunuh

  • 8 years ago
Tiga belas orang, termasuk tujuh pelajar terbunuh apabila Universiti Amerika, di Kabul, ibu negara Afghanistan diserang militan semalam.

Dua penyerang mati ditembak pasukan keselaman hampir 10 jam selepas serangan bermula dengan letupan.

Pelajar yang terperangkap dalam bilik kuliah menjerit meminta tolong ketika pasukan penyelamat tiba membantu.