Koike dipilih gabenor wanita pertama Tokyo

  • 8 years ago
Pemimpin politik veteran, Yuriko Koike meraikan kemenangannya selepas dipilih sebagai gabenor Tokyo yang baharu. Beliau adalah wanita pertama yang dipilih untuk jawatan itu.

Media termasuk NHK dan media lain turut meramalkan beliau boleh menang selepas pengundian berakhir kira-kira jam 8 malam tadi.

Koike berusia 64 tahun ditentang 21 calon. Pemilihan itu diadakan selepas bekas gabenor Yoichi Masuzoe berunur kerana terbabit dalam skandal kewangan.