Akhbar dedah Presiden habiskan RM 44 ribu untuk rambut sebulan

  • 8 years ago
Presiden Perancis, Francois Hollande membelanjakan hampir 10,000 euro (RM44,000) sebulan bagi penjagaan rambut yang rapi dan sempurna, lapor akhbar mingguan Canard Enchaine

Rambut beliau yang pendek di tepi dan semakin menipis di bahagian tengah tidak pernah menjadi perhatian tidak seperti ahli politik lelaki berprofil seperti calon presiden Amerika Syarikat Donald Trump atau bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Seorang ahli parlimen Barisan Kebangsaan berhaluan kanan (FN) menggelar Hollande sebagai "baginda" di Twitter, manakala pengguna lain meletakkan gaya rambut Afros, mullets dan beberapa gaya rambut lain pada gambar presiden

Jurucakap kerajaan Stephane Le Foll, yang mengesahkan bayaran gaji berjumlah 9,895 euro (RM43,000) sebulan berkata, beliau memahami persoalan yang timbul dan turut memahami tanggapan rakyat.