Video viral: Remaja Islam selfie depan demo anti-Muslim

  • 8 years ago
Seorang remaja Islam 22 tahun mencuri perhatian selepas bergaya 'comel' dan mengambil selfie di hadapan kumpulan anti-Muslim di Belgium.

Zakia Belkhiri bertindak demikian ketika mendapati Vlaams Belang, kumpulan nasionalis ekstrim kanan, berdemonstrasi membantah acara gaya hidup Islam yang dihadirinya.

Tindakan itu membuatkan sebahagian penunjuk perasaan yang membawa poster menolak tudung, masjid dan bertulis "hentikan Islam" itu tersenyum dengan tindakannya.