Hujan lebat Cuba sambut kunjungan bersejarah Obama

  • 8 years ago
Barack Obama menjadi presiden pertama Amerika melawat Cuba sejak 88 tahun lalu sebaik sahaja menjejakkan kaki di Havana semalam. Sekali gus, lawatan bersejarah ini menamatkan permusuhan Perang Dingin.

Beliau yang ditemani isteri Michelle, dan dua anak perempuannya meneruskan lawatan ke Old Town Havana dalam hujan lebat yang turut disaksikan penduduk dan pelancong.