Kerana anak Najib, kelab S'pura hentikan set lagu deejay?
  • 8 years ago
Kelab popular Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly & Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Norashman, dapat dimainkan.

Kejadian dikatakan berlaku Sabtu lalu dan sedang disebarkan di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.

Dalam video itu, Fila (Fadi Wassef Naguib) yang berang memberitahu hadirin: "[...] Nampaknya Zouk mahu mainkan set orang lain."

Ini menyebabkan hadirin membantah dengan ejekan.

"Bukan sahaja itu - tetapi nampaknya dia anak seorang perdana menteri. Terima kasih banyak-banyak, nikmati trek (lagu) terakhir saya."