Video: Bayi 17 bulan melecur teruk, bapa dakwa taska cuai

  • 8 years ago
Seorang bapa kepada bayi berusia 17 bulan mendakwa bayinya melecur teruk akibat kecuaian pengasuh sebuah taska.

Menerusi laman Facebook Azri Zakaria menceritakan kejadian bagaimana abyinya itu melecur teruk di bahagian muka dan badan.

Dan apa yang lebih dikesalkan olehnya adalah sikap tidak ambil peduli pihak taska yang tidak menghantar bayinya mendapatkan rawatan ke pusat kesihatan terdekat selepas kejadian berlaku.