Mahkamah arah 79 aktivis bantah GST bela diri

  • 9 years ago
Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengarahkan 79 aktivis yang membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya pada 23 Mac lalu dibicarakan.

Peguam Roger Chan Weng Chen yang mewakili sebahagian daripada 79 aktivis itu berkata perbicaraan ditetapkan pada 29 Februari 2016. Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.