PSM will go with Pakatan against BN in next GE

  • 9 years ago
Extract of the press statement on PSM's 12th Congress:

KENYATAAN AKHBAR KONGRES
PARTI SOSIALIS MALAYSIA KE 12
6 JUN 2010

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Berjaya mengadakan Kongres Parti ke 12 antara 4-6hb. Jun yang dihadiri oleh 250 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina, Selangor.

Kongres juga membentang tiga kertas kerja mengenai 1)1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib, 2) Isu transisi kepimpinan dalam PSM dan 3) isu Krisis cuaca dunia dan menyelamatkan Alam Sekitar.
Kongres juga telah membincangkan 26 usul yang dibawa oleh cawangan dan fron PSM.

16 usul telah diterima, 5 usul telah ditolak, 3 usul telah ditarik balik dan 2 usul akan dibincang di bahagian Jawatankuasa parti yang lain.

Mengenai usul mengenai Pakatan Rakyat (PR), usul ini dibincang panjang lebar dan Kongres dengan majoriti besar memutuskan bahawa PSM buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat membentuk kuasa ketiga tetapi tegas bahawa musuh utama adalah Barisan Nasional yang telah mencabul hak, demokrasi dan kesejahteraan rakyat Malaysia untuk 53 tahun. Justeru itu PSM akan berkerjasama dengan Pakatan rakyat dan kumpulan-kumpulan progresif lain untuk menamatkan pemerintahan BN. PSM juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan PR mengenai kerjasama ini termasuk kerjasama semasa pilihanraya.

PSM juga terbuka untuk penggunaan logo bersama dan manifesto bersama untuk pilihanraya akan datang.

Selain itu, PSM berpendapat bahawa untuk memenangi pilihanraya akan datang, PR harus memperkasakan rakyat dengan fahaman perjuangan dan pendidikan. Sekadar memberi bantuan kebajikan (hand-outs) tidak memadai. Bantuan dan pertolongan kebajikan adalah penting dan harus diteruskan tetapi yang lebih penting adalah pemahaman tentang perlunya perubahan.

Antara usul-usul lain yang dilulus yang menarik adalah mengenai permintaan untuk membuat satu protes terhadap bencana alam sekitar dan kapitalisma dan juga satu Pameran seni kiri iaitu satu program membawa bersama pe