Ibu bapa rayu TPM selesaikan masalah SKJT Seaport

  • 9 years ago
Lebih sepuluh ibu bapa yang berjuang untuk mengekalkan sekolah rendah Tamil Seaport di tapak asalnya di Kelana Jaya mahu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang menyelesaikan masalah sekolah berkenaan.

Ini kerana, kata mereka, Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan yang ditugaskan menangani isu berkenaan gagal berbuat demikian dan lebih memilukan beliau gagal hadir di sekolah berkenaan pagi ini.