Pakatan akan 'mati' jika Anwar tumbang di Kajang - DAP

  • 9 years ago
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata kekalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan akan menyaksikan 'kematian Pakatan Rakyat'.

Bercakap pada forum bertajuk "Serampang Kajang" di Subang Jaya malam tadi, katanya, ini kerana momentum hasil pencapaian mereka dari gabungan Pakatan akan terhenti dan seterusnya membawa perpecahan.