Australia tolak dakwaan MH370 di Teluk Benggala

  • 9 years ago
Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa objek yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan oleh Channel Seven Australia bahawa syarikat itu mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.