Forum - 'Hudud: Bersediakah Kita?' - Bahagian II

  • 9 years ago
Cadangan ahli parlimen PAS untuk membentangkangkan rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat menimbulkan polemik dan perdebatan pelbagai pihak.

Semalam, akhbar Sinar Harian menganjurkan satu forum bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita?' diadakan di Shah Alam.

Antara mereka yang mengupas isu berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah, Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong.