PAS akui hudud goncang Pakatan Rakyat

  • 9 years ago
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Rawa mengakui hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu telah menyebabkan gabungan Pakatan Rakyat goyang.

Katanya, walaupun isu itu dianggap sebagai isu negeri tetapi ia memberi kesan kepada Pakatan terutama di Semenanjung kerana kanun jenayah Islam ini tidak pernah dibincangkan semasa pembentukan gabungan itu pada 2008.