Tiada tolak ansur terhadap penjawat awam terlibat militan

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota penguatkuasa yang didapati terlibat dengan aktiviti militan dan disyaki khianat kepada negara.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kewujudan sebarang elemen khianat kepada negara di kalangan anggota penguatkuasa kerajaan.