PM Israel: Status quo Masjid Al-Aqsa kekal

  • 9 years ago
Israel tidak berhasrat untuk menukar status quo kawasan suci di Baitulmaqdis, walaupun berhadapan tekanan daripada aktivis Yahudi berhaluan kanan, yang mahu tapak itu dijadikan milik mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga menggesa ahli parlimen negara itu supaya mengawal kemarahan berhubung isu perebutan Masjid Al-Aqsa yang menjadi punca ketegangan antara penduduk Palestin dan Yahudi sejak beberapa minggu lalu.