NGO gesa media jangan hiraukan PERKASA, ISMA

  • 9 years ago
Beberapa NGO menggesa pihak media supaya tidak menghiraukan dan memberi liputan kepada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana apa yang diluahkan mereka tidak layak dijadikan bahan berita.

Sebaliknya, kata Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, tumpuan harus diberikan kepada kumpulan berhaluan sederhana.