Angka kematian nahas pesawat TransAsia kini 31 orang

  • 9 years ago
Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei sejurus berlepas kini meningkat kepada 31 orang.

Menurut jurucakap Taiwan, angka itu mungkin bertambah kerana 12 orang masih dilaporkan hilang.

Pesawat TransAsia penerbangan GE235, yang membawa 58 penumpang dan anak kapal mengalami masalah sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Taipei semalam sebelum terlanggar lebuh raya bertingkat dan terhempas di dalam sungai.