Nik Nazmi dibebaskan, Rafizi dijangka keluar malam ini

  • 9 years ago
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dibebaskan lewat petang tadi setepas ditahan reman selama dua hari kerana terbabit dengan himpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu berakhir.

Beliau juga memaklumkan bahawa Setiausaha Agung PKR Rafizi Rafizi yang ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada jam 7 petang tadi akan dibebaskan lewat malam ini, juga atas jaminan polis.