P'raya kecil Permatang Pauh 7 Mei, penamaan calon 25 April

  • 9 years ago
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan diadakan pada Khamis, 7 Mei ini manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 25 April.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong berikutan kehilangan kelayakan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.