SAUK dakwa PKR S'gor tak setuju pencalonan Azizah

  • 9 years ago
Sekumpulan kecil yang mendakwa diri mereka sebagai ahli PKR Selangor dan menggelarkan kumpulan mereka sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) hari ini membantah pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.

Menurut presiden mereka Mazli Saring, Dr Wan Azizah seharusnya fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Kajang daripada bertanding untuk kerusi parlimen Permatang Pauh.