Gereja kulit hitam Charleston diserang, 9 dibunuh

  • 9 years ago
Seorang lelaki berkulit putih bersenjata menembak dan membunuh sembilan orang di sebuah gereja lama penduduk berkulit hitam di pinggir Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku ketika sekumpulan penduduk sedang sembahyang di gereja Mother Emanuel African Methodist Episcopal di mana lelaki bersenjata berkenaan mula melepaskan tembakan rambang.