Umno wujudkan isu perkauman bagi alih isu negara

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad percaya kekecohan yang ditimbulkan oleh beberapa individu di sebuah kedai kopi di Masai, Johor, Ahad lalu bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu semasa negara.

Katanya, ini khususnya mengenai laporan The Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lalu, yang mendedahkan bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) berkaitan 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.