Krisis 1MDB beri impak pada rakyat, kata Nurul Izzah

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar percaya krisis kepemimpinan Datuk Seri Najib razak berikutan pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) bahawa dana bernilai RM2.6 bilion berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun perdana menteri bakal memberi impak kepada negara.

Beliau yang juga adalah naib presiden PKR berkata mana-mana badan siasatan perlu berlaku adil dan Najib perlu perlu bercuti semasa siasatan dilakukan terhadapnya.