Rafizi Ramli: Kerajaan Selangor Tak Ada Masalah Menyambung Skim Air Percuma

  • 9 years ago
PETALING JAYA 14 JAN: KEADILAN memberi amaran kepada Kerajaan Pusat supaya tidak menyalahguna kuasa terhadap pengambilalihan industri air di Selangor melalui Akta Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Fasal 114 membolehkan Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih sepenuhnya harta, perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas kepentingan negara.

Beliau bimbang jika pengambilalihan ini diteruskan oleh Kerajaan Selangor akan menyebabkan monopoli melampau syarikat kroni Umno BN, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga.